BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 17, 2009

Hanya Aku + Hipokrit dan Hipokrasi


Hipokrit & hipokrasi..
macam mana aku nak elaborate topik ni.
Lebih sesuai aku start dengan definisi hipokrit & hipokrasi itu sendiri.

Hipokrit:- membawa maksud seseorang yang mengutarakan kepercayaan & pendapat yang bukan pegangannya sendiri.

Hipokrasi:- perbuatan mengutarakan kepercayaan & pendapat yang bukan pegangannya sendiri; falseness atau kepalsuan; kepura-puraan.

Kebanyakan orang kat dunia ni, tahu perkataan hipokrit ngn hipokrasi,
semuanya kenal sangat dengan perkataan itu
dan sedia maklum dengan maksudnya juga, mungkin..
Tapi sejauh manakah kefahaman orang ramai tentang hipokrit & hipokrasi?

Memang tak dinafikan kadang2 ianya perlu.. tetapi tgk la keadaan..
Gunakan hipokrasi itu pada waktu yang sesuai,
bersama orang yang sewajarnya,
dan dengan berpada-pada..
Pendek kata, gunakan hipokrasi dengan bijak..

Tetapi harus juga diingat, kaedah ini tidak bermaksud korang adalah seorang yang berpura-pura atau nyata hipokrit.
Kebijaksanaan kita mengaplikasikan kaedah inilah
yang dapat menyelamatkan kita dari dikategorikan sebagai hipokrit oleh majoriti manusia.

Pada aku, hipokrit ni terlalu meluas..
Aku sendiri bencikan hipokrit tp dalam masa yg sama,
aku xleh lepas dari bersikap hipokrit..
susah bukan?
Memang besar ego kite untuk tidak mengakui kite hipokrit..
ape2 pon just be yourself..
Aku tau diri aku dan korang tau diri korang..
Aku tau ape yg aku buat dan korang tau ape yg korang buat..


nota tangan:
Jangan sesekali menggadaikan prinsip, demi untuk mendapatkan dunia yang mengiurkan..

1 comments:

Frid Firdaus said...

jangan khianati diri sendiri kerana keinginan...
hiprokrit adakalanya perlu...
tapi jangan jadi denial...
fikirkanlah...