BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 11, 2009

Hanya Aku + Queens of Langkasuka


Sekali lagi aku menonton wayang...
filem dari negara jiran, Thailand..
Queens of Langkasuka..
kali ni lokasi wayang di One Utama...

Citer ni dah lama aku tau pembikinannya..
Lagi aku teruja ingin menonton adalah sebab
mengenai sejarah kerajaan Hindu Melayu..

Queens of Langkasuka mengisahkan sebuah kerajaan yg dipimpin oleh seorg Ratu bernama Hijau dan dua adik perempuannya bernama puteri Biru dan Ungu..
Seperti biasa sejarah dulu2, ingin menakluki negara yg begitu kaya..
Untuk takluk kerajaan Langkasuka, lanun2 memerlukan meriam yg cukup kuat sebagai senjata diorg..
Dalam masa yg sama,Pari (kira hero la) berhasrat untuk membalas dendam atas kematian isterinya dan keluarganya yg dibunuh oleh lanun2 durjana tersebut..jadik, dia pon menuntut ilmu hitam..secara tak lansung dia bnyk membantu kerajaan Langkasuka..
cerita ni banyak kait mengait antara satu sama lain..yg pasti ada jer musuh dlam selimut.. camtu la serba sedikit sinopsisnya.. nk citer lebih2 xkose.. huhu... ;P

Langkasuka sebenarnya terletak di Kedah dan berpindah ke Pattani.
Aku mmg kurang arif bab sejarah tapi aku agak berminat nak tahu pasal sejarah Tanah Melayu.. Apa yg menarik minat aku nak tgk citer ni adalah dari segi teknologinya..
sungguh mengujakan aku.. malah, kostumnya jugak amat sempurna..
walaupun cerita ini cerita Thailand, tetapi lansung xde unsur2 'Thailand'..
maksud aku tiada patung2 Budha dan sebagainya..
keseluruhannya melambangkan Kesultanan Melayu..
cuma bahasa sahaja gunakan bahasa diorg..

aku cuma terpegun cara org Thailand menghasilkan sejarah kerajaan Melayu..
walaupon ianya banyak 'fantasi' [ada magic2.. tapi xmustahil org dulu2 ada kuasa mcm tu]... aku mengharapkan org Malaysia dapat hasilkan sebuah karya setanding dengan diorg..
ape2 pon aku bagi 9 bintang kat citer ni..


nota tangan:
teringat kat citer Puteri Gunung Ledang.. tapi xsehebat citer ni jugak..

3 comments:

hanie said...

huhu..
nyesal lak x tgk citer nih..
g tgk citer friday the 13th yg cam bangang x sudah tu..
T_T

roon itawaza said...

yer ker...azza pun dah lama nak tengok citer ni..

Khai a.k.a Inche' Dean said...

misz.hanie::

tu la..sape suruh tak tnye uncle dulu...kan dah nyesal... hhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

roon itawaza::

pi la tgk, xrugi.. 2 jam lebih citer dia.. huhu