BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010


Selawat dan salam keatas junjungan nabiku Muhammad
dan seluruh kaum keluarganya,
dan kepada Ibrahim juga kaum keluarganya.
Terima kasih kerana menunjukkan jalan ini.
Lalu aku berpaling kekanan mengucap Assalammualaikum kepada segenap makhluk di kananku dan berpaling pula aku kekiri mengucapkan Assalammualaikum kepada semua makhluk di kiriku...



Nota tangan:
Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu.. Ya Rasulullah...

Monday, February 22, 2010

tak de keje

terasa bosan ari ni...
mmg dah xde keje...
xtau nak buat ape...

ape lagi, bukak gobok (almari)...

ternampak baju putih yg dah lama tergantung...


"masih muatkah baju itu" terdetik dihati..

aku pon amek, try pakai...
ahaa, masih muat...
inilah dia baju itu...
ehee...







nota tangan: mmg xde keje... ;P

Sunday, February 21, 2010

Aku Bukan Lelaki Romantik

Aku sedar aku bukanlah lelaki romantik...
sukar untuk aku tafsirkan sebenarnya ape itu romantik..
Justeru romantik atau romantis itu sifat sebenarnya sangat subjektif.
Boleh jadi ia gabungan sifat penyayang dan mengambil berat.
Atau ada elemen membelai jiwa yang keterlaluan -
bak kata anak-anak muda sekarang ini tangkap lentok, tangkap leleh.



Biarlah org nak kata aku bukan lelaki romantik..
bagi aku, dalam hubungan, romantik bukan kriteria yg penting,
ada yang lebih daripada itu iaitu sikap menghormati...
pasti menjamin masa hadapan..insyaAllah...



nota tangan:
sukar untuk dimengerti

Saturday, February 20, 2010

Kawan


Carilah kawan yang mempunyai kelebihan,
baik dalam perkara agama atau ilmu atau budi kesopanan.
Kerana jika lebih kawan itu daripada kita maka dapatlah kita tiru menjadi tauladan,
jika sama tarafnya dapatlah kita saling kuat menguat, bantu membantu.
Kerana budi pekerti yang baik dan adab yang terpuji tidaklah akan subur tumbuh didalam diri jika kita tidak saling tolong menolong menyuburkannya..

tidak ada karib atau kerabat yang lebih baik dari seorang teman yang menyokong dan membantu membesarkan hati dan memberanikan diri kita dalam menempuh kehidupan.
Hati yang tadinya lemah menjadi bertambah kuat digosok kawan.

Itulah sebabnya, sesungguhnya berkawan dengan orang yang tidak berilmu tetapi hidup dengan orang yang berilmu lebih baik dari berkawan dengan orang berilmu tapi hidup dikalangan orang yang bodoh-bodoh.


nota tangan:
hidup bertamadun

Friday, February 19, 2010

Percy Jackson and The Lightning Thief


Semalam, satu lagi cerita aku gi tgk...
cuti2 ni xde buat ape, so abiskan masa kat panggung...
kali ni tgk citer Percy Jackson and The Lightning Thief..
pegi bersama2 encik mizi dan juge incik frid bertempat Suria KLCC.. ;P

Cerita yg diambil dari sebuah novel..
kisah seorg budak separa dewa dituduh mencuri petir dewa Zeus..
dewa2 di zaman yunani..
Percy adalah anak dewa Poseidon yg berkahwin ngn manusia..
dia dituduh dan sekiranya percy x pulangkan balik petir tu,
akan berlaku peperangan dikalangan dewa2 ni..

Seketika hidup Percy berubah.
Dia harus menghadapi monster-monster jahat yang menyerangnya,
bertualang mencari pencuri petir Zeus,
dan menyelamatkan perdamaian di Gunung Olympus...
cewaahhh..hiii...

bagi yg belum tgk tu, gi la tgk..
efect yg berkesan tp jalan cerita yg simple aje..
x memberi kesan pon...huhuu...

nota tangan:
cerita dongeng dan kepercayaan zaman yunani..

Tuesday, February 16, 2010

The Wolfman

Semalam selamat sudah majlis perkahwinan adik abg mizi...
sempat gak aku dan mak ayah aku gi...
lagipun kenalan kepada mak ayah abg mizi gak...
dah namanya dok satu daerah, pusing2 kenal gak...

hari ni xde plan ape2...
just dok umah, membasuh pakaian...
esok dah nak lek ibukota...

dapat sms dari abg mizi,
dia ajak gi tgk wayang...
kat MBO Batu Pahat..
1st time gi setelah hampir setahun bukak..hihii..
sampai kat sana plan nak tgk Percy Jackson, tp dah fullhouse..
last2 tgk cite The Wolfman..



Jalan cerita yg biasa pada aku...
dah dapat agak dari awal..
xde lah hebat sangat..
biasa2 jer pada aku...
mmg aku tunggu nak tgk cite Percy Jackson..
maybe kat KL nak tgk..xpon kat Penang..
yeaaaa!!! ;P



nota tangan:
ganas2 tapi dalam hati tetap ada taman.. ;P

Pelamin Anganku Musnah....

Tajuk mcm real jer...
sebenarnya xde ape pun...hihii
jumaat lalu, aku lek kampung....
malamnya aku gi umah abg mizi,
ingat nk rewang sebab adik dia kawen raye cina ke dua...

kebetulan frid pon ade..
ajak dia skali, tolong pasang pelamin...
aku bukannya pandai pon pasang2 pelamin ni...
aku mcm biasa, jadik mando jer...
kekekee...
aku tolong iron kain pelamin jer...
tolong la gak kan...

esoknya sabtu, abg mizi ajak teman gi Air Hitam, beli bunga utk pelamin...
mentang2 arr aku mat bunga kan... huhuuu...
bab pilih bunga ngn tawar menawar ni serahkan kat aku...
hihii....





akhirnya, inilah hasilnya...
cantik gak bile dah siap...
teringin lak nak bukak butik pengantin..ecehhh.. ;P


nota tangan:
teringin gak nk naik pelamin