BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

Kenapa Cinta Susah Datang?


Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan..


nota tangan:
mungkin tiada jodoh antara kita

Karaoke Aje..


Sejak minggu lalu, aktiviti luar aku adalah berkaraoke...
kali ni bukan sekali tapi 3-4 kali.. adeehhh...

Selasa, lepas keje aku bersiap2 pergi ke The Curve Damansara..
Teman2 mengajak aku utk berkaraoke..
Puas menyanyi dengan mereka2 yg bersuara sedap..
aku gelarkan mereka teman2 karok Curve..hihi

Rabu, aku ketepikan aktiviti luar sebab kerja sampai tgh malam..
last day aku buat inspection di waktu malam, utk tahun 2009..
tahun depan xtau ler ada ke tak... x tgk plan lagi..huhu..

khamis, aku tidak bekerja.. rasa malas yg amat sgt...
seperti biasa, aku nak gi jalan2 kat Sunway Pyramid, sorang2..
tetibe seorg sahabat nak ikut.. aku ok jer..
sebelum maghrib aku dah lek umah sebab malamnya aku dah janji ngn teman2 utk lepak2 kat Pavillion.. konon2nya nak sambut Christmas..huhu..
saje nak tgk warga Kuala Lumpur menyambut..
seumur hidup aku, ni lah 1st time..
dan sejujurnya, aku rasa rimas dan x selesa..
atas jalan bersepah2 ngn tin2 penyembur ala2 salji..
dan juga org2nya yg seakan2 hilang akal dan hilang kawalan..
inilah cara mereka kot..

jumaat, 25 Disember 2009.. hari Natal bagi mereka yg beragama Kristian..
lepas solat jumaat, aku dan teman2 berkaraoke kat The Gardens..
sekali lagi... dan masa tu aku harap ianya adalah kali terakhir dalam bulan ini dan tahun ini..hihihii..

sabtu, aku dijemput oleh seorg sahabat..
katanya mintak tolong aku buat artwork..
ishh, aku mana la reti..
tp aku nk cuba gak...hihiii..
lepas tgk sehati berdansa kat umah dia, teman2 karok Curve mengajak sekali lagi berkaraoke kat Ampang Park... adehhhhh, nyanyi lagi ker? :P
layan jer la...hahahaaa...
aku tak lek umah, tido umah sahabat kat wangsamaju..

ahad, hampir tghari bangun.. brunch kat Subway Wangsa Walk...
sahabat aku berhajat nak berkaraoke lagi...
mungkin malam tadi xpuas nk melalak..huhu..
dia mengajak teman2 dia berkaraoke kat Wangsa Walk..
hahaha...sekali lagi berkaraoke...
memang giler.. kalah artis yer.. :P
so, korang kiralah berapa kali aku gi karaoke dalam minggu ni.. :P
ape2 pon minggu aku diisi ngn bende2 yg berfaedah.. :P


nota tangan:
dah xtau nak nyanyi lagu ape.. semua bantai.. hahaha

Tuesday, December 22, 2009

penghujung...


Di penghujung tahun 2009 ni,
aku semakin keliru..

keliru atas apa yg aku inginkan..
ati memberontak, nak itu, nak ini..
tentang kerjaya, tentang percintaan, tentang kehidupan..

aku harap tahun 2010 memberikan seribu satu 'cahaya' buat diriku...

InsyaAllah...




nota tangan:
sejuta rasa...

Friday, December 18, 2009

Cerita Santau..

Gi tgk citer ni kat eCurve, Damansara..
dah tak tau nak tgk citer ape...
citer lain masa tu xde yg menarik perhatian...


dalam panggung aku dok gelak2 tgk citer nih..
tak seram mana pon..huhu..
cuma aku suka lakonan pompuan tu, nama dia Puteri Mardiana..
ok gak la dia belakon..
aku bagi 5 bintang jer dari 10... ok la tu.. :P


nota tangan:
zaman skrg masih guna ilmu santau menyantau.. camni kene jumpa mak esah la, mintak pendinding batu konkrit...huhuhu

Salam Maal Hijrah


pada jalan hidup ini...
tiada kepayahan yang berkekalan..
kerana setiap kesusutan boleh dihuraikan..
adakalanya terhurai tanpa disedari..

namun dalam setimbun kekusutan dan
sebeban kepayahan kita seakan lali,
bila kita rasakan kekusutan sudah tiada
dengan sekelipmata ia menjelma..

namun kekusutan bukan bebanan
malah ia merupakan ganjaran
pada mereka yang mengetahui

kerana dimana ada kemahuan di situ ada jalan
pada mereka yang memandang kedepan..
selagi esok masih ada...



nota tangan:
semoga tahun baru ini memberi seribu rahmat dariNya.. Aminn..
salam Maal Hijrah 1431

Thursday, December 17, 2009

Happy Birthday Frid Firdaus

Selamat Ulangtahun Buat Frid Firdaus yang ke 25..
Semoga apa yg diimpikan akan tercapai hendaknya...
semoga sihat2, bahagia dan gembira selalu.. :P


moga di usia 25 akan lebih memberi kebahagiaan dalam hidup...
ape yg lalui selama 25 tahun simpanlah sebagai kenangan dan untuk panduan serta tauladan dalam hari2 yg mendatang...pelajari erti hidup yg sebenar..
may Allah bless u.. :)


nota tangan:
dah 2 tahun lebih aku tinggalkan usia 25..huhuhu

Kisah Laptop


Ahad lalu, my lappy rosak..
adehhh... bukak jer, dia off balik..
aku lak dok seharian kat umah..
kluar umah pon sebab nak carik makan jer..huhuhu...
hidup bagai tak lengkap kalu laptop aku rosak..huhu..
buntu rasanya... haha..

Isnin, aku nekad nak halfday sebab nak gi Low Yat, nak betolkan ape yg rosak...
tapi chief aku lak x bagi, dia kata biar dia gi temankan...
so, aku gi la ngn 2 org colleague..
sampai kat sana, carik kedai yg aku beli, lebih dari setahun dulu..
alamak, tak ingat..dah bnyk berubah kedai tu.. nasib baik jumpa..huhu..
dia kata motherboard aku rosak.. kene tukar RM600 lebih.. aiseeyyy..mana la aku ada duit waktu tu... dengan hampanya aku pon bwk jer la balik...
diorg kata kalu RM600 lebih, baik tambah sikit dah dapat laptop baru..huhu...

puas aku fikir sape kwn2 yg leh tolong betolkan...
tetibe teringat kwn aku, si Afiz.. dulu dia penah citer komputer dia rosak...
so, aku contact la dia...dia ckp kwn dia yg betolkan.. nasib baik gak aku kenal kwn dia..huhu...

Selasa, hidup aku rasa x lengkap..
buat keje pon xleh nak tenteram..rasa sangat kehilangan..hihi...
lepas keje selesai, aku terus gi anta laptop aku kat Damansara..
mamat tu kata, biar dia check dulu..
aku pon tinggalkanlah...
tghmalam, dapat sms dari mamat tu, dia kata laptop aku dah ok...
ahhh teruja dan gembira hati ini..ahakss..
rasa xsabar2 nak ambik..tp badan dah terasa sgt letih...esok jer amek...

Rabu, semalam..aku pi amek..
mamat tu x charge ape2 pon... syukur sgt2 dan berterima kasih bnyk2..hihi..
nnti aku belanja tgk wayang yer.. :P
sampai kat umah, terus aku on..
berdebar2 ati ini..
tak sampai 3 minit, dia mati lek...
adehhh, keciwa... call mamat tu, dia suruh aku buat ape yg dia suruh buat..
akhirnya ok juge...
tapi..... tetibe network problem... ahhhhh keciwa skali lagi...


nota tangan:
saya sayang dia..begitu juga dia.. dia sayang saya...
[my lappy yerrr.. :P]