BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

Milikku...


Selama kau belum jadi milikku yang utuh,
aku akan selalu milikimu selama bumi masih akan terus berputar..
Aku akan slalu menujumu walau ke ujung dunia....



nota tangan:
bila bunyi bersatu, kau milikku ;P

TEMU

Manis sekali tatkala bertemu.
Terlepas segala rindu!

Monday, March 29, 2010

Bila Hati Dilukai...


Pernah merasa sakit bila hati dilukai...
sakit menusuk menikam bagai sembilu...
hanya Tuhan saja yg tau...

tapi setiap perbuatan pasti ada balasan...
kini dia pula merasakan betapa sakitnya hati...
aku bukan nak menyorak, tp benar org kata
"what goes around comes around"...

tp aku percaya, sebijak2 dia, setinggi mana pangkat yg dia miliki,
dia tetap tak sedarkan diri atas apa yg dia dah buat...
biarlah..teruskanlah...
pasti satu hari dia akan diberi hidayah...
itu yg aku doakan utk dia...


nota tangan:
hanya Tuhan yang lebih tahu....

Sunday, March 28, 2010

LUKA

Katanya dia melakukan itu kerna seseorang yang telah mengkhianatinya. Tetapi, pada masa yang sama, aku juga ikut terhiris luka.

Ya, aku tak sepatutnya merasakan itu. Kerna dia bukan milikku. Tidak sepatutnya aku cemburu!

Saturday, March 27, 2010

Bercuti ke Penang



Semalam aku cuti..
xde plan nak gi bercuti..
tapi terasa nak gi bercuti..
nak kata stress ngn keje, tak juga..
maybe hati ini memberontak, nak merehatkan diri..huhu..


rasa nak gi jauh2..
tapi budget xde..
cukup la sekadar aku bercuti ke Penang..
mujur ada kenalan ada di sana...


selamat sampai di Penang...
xbanyak yg berubah...
kali ni cuma aku gi naik bas..
1st time..ngee...
menimba pengalaman org kata..haha


sampai pun dah ptg...
nak gi jalan2 terasa penat lak..
lagipon kesian lak kat kenalan aku tu..
lek keje kene melayan aku lak...
so, borak2 jer kat umah dia..

malam baru kuar gi pasar malam,
then makan malam sambil tgk dvd kat umah kenalan lagi sorg..


ari ni, kenalan aku ada tennis selection kat usm..tempat dia bekerja..
aku nak ikut, tp dia kata takut aku bosan..
yer tak yer, aku bukan minat pon tgk tennis..ngee...
so, tinggallah aku keseorgan sambil berfacebook ngn blog..gagagaa..

plan ari ni, nak tgk wayang..nak gi ferringi..jalan2 mana yg patut..haha..
esok dah nak balik.. xlama pon..
ape2 pon hati aku masih di Kuala Lumpur...huhuuu








nota tangan:
tempat jatuh lagi dikenang

Thursday, March 25, 2010

MILIK

Meski jasadmu di Pulau Mutiara nan indah, aku tahu hatimu masih di sini. Di Bandaraya Kota Batuan ini. Aku tahu kau tidak bisa membohongi hatimu. Itu aku tahu. Walau kau tidak mengucapkannya.

Kerna kau milikku dalam diam tanpa bicara sekaliannya.

Tuesday, March 23, 2010

Satu Ringgit Malaysia

Sabtu lalu, sedang sibuk aku menolong ape yg patut untuk kenduri,
tiba2 aku teringat aku lom beli tiket utk balik ke KL...huhuuu...
bergegas aku gi..naik motor aku... rempit sgt time tu...ngeee....

sampai di terminal Batu Pahat, aku tanggalkan helmet...
seorg perempuan separuh berusia tegur aku..
"adik...adik ada satu ringgit?"


aku terpinga-pinga2 la jugak...
nak kata mengemis, aku tgk sempurna jer cara pemakaian dia...
tanpa berkata apa2, aku pon bagi jer...
"terima kasih dik..." kata perempuan itu...
"sama-sama" aku membalas...
lalu aku berlalu meninggalkan perempuan itu...
dalam kepala aku, mungkin dia x cukup duit.. xpelah...

syukur tiket utk pulang ke KL ada...
aku meneruskan perjalanan ke pasar lambak...
utk mencari kuih telinga k****g dan pisang salai utk sahabat2..
nasib baik ada... hihii....
belum sempat aku pakai helmet, seorg lelaki mencuit bahu aku...
tersentak sekejap..
"abg, ada satu ringgit tak?"
ishh, ape ni.. semua mintak satu ringgit...
kali ni aku tgk keadaan lelaki itu mmg serupa pengemis...
aku seluk poket, nasib baik ada....
tanpa berkata2, aku bagi jer...
lelaki itu terus meninggalkan aku....

erm..rasa pelik pon ada...
xpelah... sekali sekala bersedekah.. =)


nota tangan:
rezeki ada di mana-mana....

Monday, March 22, 2010

Balik Kampung...

Minggu lalu, aku balik kampung...
lama jugak tak balik..sejak raya cina bulan lalu...
kali ni mak aku buat kenduri tahlil
disamping abang aku buat aqiqah utk anak teruna no 2 dia..


kenduri yg ringkas tp agak meriah...
ramai sedara mara datang..
xsangka..
penat mmg penat..
tp hilang penat bila melayan anak2 buah aku..
rasa seronok... =)


terasa kejap sangat bila kat kampung..
rindu kat mak pon tak lepas lagi..
aku pasti akan pulang ke kampung lagi...
insyaAllah :)


nota tangan:
suka balik kampung... =)

Sunday, March 21, 2010

Cawan


Tentu tertanya2 siapa lak yg buat entry guna nama samaran Cawan...
rasanya tiada siapa yg tahu....
Hanya aku dan Cawan... :)

aku benarkan dia menulis didalam blog aku...
dia benar2 ingin menulis, berkongsi apa saje yg ingin dikongsikan...
mmg benar, lari konsep blog "Hanya Aku Sorang" pada asalnya...
Aku tetap aku, aku tetap menulis utk Hanya Aku Sorang...

Aku biarkan Cawan menjadi misteri..
menulislah dikau wahai Cawan Sakti =)


nota tangan:
mungkinkah tiada lagi blog "Hanya Aku Sorang"? tunggu... huhuu =P

Friday, March 19, 2010

MALAM BERSAMAMU


Dua Lai Chi Kang, Tiga Ferrero Rocher, Dua Teddy Bear comel, Satu pohon cinta dan seratus lagu-lagu indah.

Kenangan tidak ternilai yang manis dan romantis!

Terima Kasih untuk segalanya.

Wednesday, March 17, 2010

Memiliki atau Menyayangi?


Bila aku harus memilih antara
MEMILIKI
atau MENYAYANGIMU..

Maka aku akan memilih MENYAYANGIMU
karena ku tahu,

rasa SAYANG yang tulus tak akan mampu
terhapuskan
selamanya walaupun aku tak bisa
MEMILIKIMU
...

Tuesday, March 16, 2010

Dugaan


Sahabat, salam untukmu dan selawat untuk dia,
Alhamdullilah, milik Dia pujian...
aku menulis lagi yg hampir ingin menyepikan diri..

adakalanya terasa habis segala upaya,
ada ketikanya seakan sempit dada ini, kadang kala sebak.
Tapi... tapi nak ajar hati dan jiwa ini,
tabah menghadapi apa jua dugaan..
dugaan demi dugaan, yg tanpa jemu menyapa..
yg pasti ada hikmah datang dari Dia, Tuhan Pencipta Alam..

terlalu banyak yang ingin aku kongsikan tetapi
masa dan urusan mengekang niat dan cita-cita...
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat kita,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya, Yang Maha Melihat..


nota tangan:
tabah menghadapi dugaan

Friday, March 5, 2010

Kusut


pada jalan hidup ini...
tiada kepayahan yang berkekalan
kerana setiap kesusutan boleh dihuraikan..
adakalanya terhurai tanpa disedari

namun dalam setimbun kekusutan dan
sebeban kepayahan kita seakan lali
bila kita rasakan kekusutan sudah tiada
dengan sekelipmata ia menjelma

namun kekusutan bukan bebanan
malah ia merupakan ganjaran
pada mereka yang mengetahui

kerana dimana ada kemahuan di situ ada jalan
pada mereka yang memandang kedepan
selagi esok masih ada...

nota tangan:
segalanya telah selesai...

Monday, March 1, 2010

Meet Me Halfway


I can't go any further than this
I want you so badly, it's my biggest wish

Cool,
I spent my time just thinkin' thinkin' thinkin' bout you
Every single day, ´cause I'm really missin' missin' you
And all those things we use to, use to, use to, use to do
Hey girl, what's up, we used to used to be just me and you
I spent my time just thinkin' thinkin' thinkin' bout you
Every single day, ´cause I'm really missin' missin' you
And all those things we use to, use to, use to, use to do
Hey girl what's up yo... what's up, what's up, what's up

Can you meet me halfway, right at the borderline
That's where I'm gonna wait, for you
I'll be lookin' out, night n'day
Took my heart to the limit, and this is where I'll stay
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish

Girl, I travel round the world and even sail the seven seas
Across the universe I go to other galaxies
Just tell me where to go, just tell me where you wanna meet
I navigate myself myself to take me where you be
Cause girl I want I, I... I want you right now
I travel uptown (town) I travel downtown
Wanna have you around (round) like every single day
I love you alway, way
(I'll meet you halfway

Can you meet me half way)
Right at the borderline
That's where I'm gonna wait, for you
I'll be lookin' out, night n'day
Took my heart to the limit, and this is where I'll stay
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish

Let's walk the bridge, to the other side
Just you and I (just you and I)
I will fly, fly the skies, for you and I (for you and I)
I will try, until I die, for you and I, for you and I, for for for you and I,
For for for you and I, for for you and I, for you and I

Can you meet me half way
Can you meet me half way
Can you meet me half way
Can you meet me half waaaay!

Meet me half way, right at the borderline
There's where I'm gonna wait, for you
I'll be lookin' out, night n'day
Took my heart to the limit, and this is where I'll stay
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish
I can't go any further than this
I want you so bad it's my only wish


nota tangan:
Can you meet me half waaaay!!!

Cinta Suci


Pada hakikatnya didalam dunia ini cinta manusia sesama manusia tidak ada cintasuci.
Kalau mahu dikatakan juga adanya cintasuci,
hanyalah cinta seorang ibu terhadap anaknya.

Cinta seorang kekasih kepada kekasihnya hanyalah mengharapkan laba.
Seorang lelaki menyintai saorang perempuan kerana cantiknya perempuan itu.
Kalau sekiranya perempuan tu hodoh, tidaklah dia akan cinta kepada perempuan itu.

Cinta lelaki dan perempuan ini ada sebaliknya,
walaupun bagaimana indah susun katanya,
halus bunyinya, maksudnya hanya satu, iaitu nafsu.... BERSETUBUH


nota tangan:
aku cintakah kau?