BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 29, 2010

Sibuk.... sibuk kahh?


Sejak Isnin lalu, aku dah mula sibuk...
nak cerita kesibukkan aku tu pon aku xtau...
Tuhan jer la yg tahu...

kalau nak cerita tentang sibuk, org pon akan kata,
"mcm la ko sorang sibuk"
yeahhh, dats rite...
apa yg boleh aku buat, cuma senyum...
redha je la... demi mencari rezeki yg halal....

kadang2 mengeluh keletihan..
mmg sifat manusia...
manusia biasa macam aku...

tak salah expose diri dalam kerjaya...
tak salah pelajari banyak benda...
kerna berguna dimasa depan kelak...
xjemu beri pandangan,
xjemu menjadi sukarelawan....
ape2 pon aku ikhlas dalam semua bende...
aku percaya Tuhan ada sesuatu utk aku kelak... InsyaAllah...


nota tangan:
kepuasan dalam kepenatan...

Tuesday, July 20, 2010

19 Julai...


19 Julai datang lagi...
apa ada pada tarikh itu?
mungkin tarikh biasa pada semua org...
tp pada aku tarikh itu adalah amat bermakna kerana aku telah dilahirkan pada tarikh tersebut 28 tahun lalu...
cepat sungguh masa berlalu....
macam2 mengenai kehidupan aku telah pelajari dan tempuhi...
moga aku dapat mematangkan lagi diri dan berjaya dalam apa juga yg aku impikan.. insyaAllah... :)



nota tangan:
terima kasih emak kerana melahirkan...

Sunday, July 18, 2010

Anak Datin Anne...

jom citer pasal kawen lagi... hahaha...
sabtu lalu, opismate aku namanya Datin Anne buat kenduri kawen anak lelaki dia.. (mmg datin yer.. husband dia timbalan ketua polis melaka)..



majlis yg simple, tapi sgt meriah...
meriah ngn tetamu yg datang..
aku anggarkan lebih 2000 org yg datang...
VIP2 pon agak hebat..
TYT Negeri Melaka ada...
dan yg penting, Dato' K ngn Dato' siti nurhaliza ada...



orang pun ape lagi, xnak lepaskan peluang utk bertemu dengannya..

kesian kat Dato' Siti, muka agak stress...
maybe dia ingat majlis tu majlis tertutup utk VIP sahaja...
tp nak buat camner, keluarga Datin Anne tu rapat ngn Dato' K...
tapi kesian gak kat pengantin, kene overshadow ngn artis..huhuu...
xpelah, asalkan semuanya dah selamat... ;)



nota tangan:
terasa mcm majlis bersama peminat.. :P

Wednesday, July 14, 2010

Sedia untuk berkahwin??


Bukan mudah untuk melangkah ke alam perkahwinan..
mungkin telah bertemu dengan pasangan yang cintai..
tetapi masalahnya masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin.
Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumahtangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga...
sudah bersediakah aku??



nota tangan:
mohon kepada yg Maha Esa...

Tuesday, July 13, 2010

bila mak suruh kawen...


bila mak suruh kawen...
mula la aku berpeluh..
tak tau nak jawab apa dah...
hanya diam seribu bahasa..

bila mak suruh kawen...
aku mula risau..
takut aku tersalah cakap...
terkecik lak atinya nanti...

bila mak suruh kawen...
aku cakap tak ada calon yang sesuai...
susah nak pilih zaman sekarang ni..
bukan mcm pilih ikan kat pasar..

bila mak suruh kawen...
aku tanye mak balik..
mak nak yg macam mana?
yg cantik ke atau yg sedang2 saja?

bila mak suruh kawen...
mula dia bagi 'hint'...
carik org yg pandai masak sekurang2nya....
moga terjaga rumahtangga aku kelak...

bila mak suruh kawen..
bukan pasal budget mak...
pasal anak mak ni mmg xde sape nak...

bila mak suruh kawen...
aku garu kepala..
wahai mak.... tolong carikkan......


nota tangan:
saye pasti kawen...

Tuesday, July 6, 2010

buat baik


Teringat aku masa zaman skolah dulu...
masa itu aku xde basikal, motor lagi la payah..
dari rumah nak ke sekolah lebih 10 km...
untuk pergi ke sekolah, kadang2 aku terpaksa tumpang org keluar dari kampung utk menaiki bas pulak...
kalau pagi tak ada masalah bagi aku... bapaku sering menghantar ke depan kampung utk dapatkan bas... tapi ketika balik, aku sering berjalan kaki...
sedang letih berkeringat berjalan kaki, aku sering ditumpangkan sesiapa sahaja yg lalu...
ketika itu sudah pasti panas terik..
apatah lagi ketika hujan, sudah pasti basah kuyup...

minggu lalu aku balik kampung...
tak banyak juga perubahan..
kali ini aku balik menaiki bas express...
seperti biasa, bila aku balik seorang, aku lebih selesa menaiki bas...
tp kalu ada anak2 buah aku yg nak balik sama, terpaksa la aku memandu kereta...

kat kampung aku sengaja tinggalkan sebuah motor yg aku beli...
memudahkan aku nak ke mana2... mcm mat rempit pon ada...
semasa aku merempit, tetibe aku nampak sorang pakcik tua sedang jalan kaki...
aku berhentikan motor, dan bertanya nak kemana...
lalu aku memboncengkannya....
walaupun bukan pakcik itu yg selalu aku ditumpangnya semasa aku kecik2, xkesah lah pada aku...


nota tangan:
buat baik dibalas baik...