BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 23, 2011

Bonus dan Kereta


Apabila bonus tahun ini diberikan kepada keretaku,
redha jer lah...
roadtax ngn insurance mati 29hb ni...



nota tangan:
nangesss.. :P

Saturday, August 13, 2011

Doa Iftitah


Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.

Wednesday, August 10, 2011

Keluhan Perindu


10 Ramadhan 1432H
Pejam celik sudah 10 hari kita berpuasa..
barangkali ramai yg sudah membuat persiapan untuk hari raya..
aku pula seakan tak ada mood lagi utk bersiap2..
belum teruja katanya... hehe..

sejak 1hb lalu sehingga kini, aku tak tau bila masanya aku cuti...
aku rasa mcm tiap2 ari bekerja..
siang malam... time offday, kene buat OT pulak..
selagi ada peluang.. rezeki Tuhan, xboleh lepaskan...
aku sedar, xperlu utk aku mengeluh..
lagipun kerja aku bukannya teruk sangat sehingga kena angkat simen, batu bata, berpanas..
apa2 pun aku masih bersyukur..
diluar sana ramai lagi yg susah payah mencari rezeki..


Sayu hati ini bila teringatkan bonda dan keluarga di kampung..
Rindu sangat2 nk bersahur dan berbuka puasa beramai2 dikampung..
Telefon adalah cara aku berhubung dengan mereka..
Terubat sedikit rindu aku bila mendengar suara bonda..
demi mencari rezeki, perlulah aku mengorbankan waktu2 aku bersama keluarga..

puasa tahun ini mmg aku tak balik kampung..
mujur 2 hari sebelum raya nanti aku masih berkesempatan utk berpuasa di sana..
mudah-mudahan.. InsyaAllah..


nota tangan:
rindu



Friday, August 5, 2011

Pertukaran

Pada mulanya seakan malas nak menulis..
Tidak menyangka, kekuatan menulis blog masih ada dikalangan teman2..
aku buka satu persatu blog sahabat2...
tertarik, menarik..
tiba2 semangat nak menulis datang kembali..
bnyk rasanya nak dikongsikan, tp biarlah aku simpan..


1 Ogos 2011, aku telah memulakan kerja di bahagian lain..
mmg menjadi adat, pertukaran dari satu bahagian ke satu bahagian dalam jabatanku..
aku baru sahaja bertukar unit.. hanya 8 bulan..
pada aku pertukaran ini ada satu peluang utk aku menimba pengalaman yg mana cukup berharga..
aku juga percaya ada sesuatu yg dijanjikan olehNya utk aku..
aku redha..

aku cuba belajar menerima keadaan ditempat baru..
3 shift.. petang, pagi, malam...
pada mulanya aku x biasa..
tp tika saat ini, aku dah mula rasa selesa..
walaupun cuti aku hanya sehari iaitu selepas shift malam dan 'dihiasi' dengan overtime, aku terpaksa akur walaupun hujung minggu aku pun terpaksa kerja...

aku tau kalian yg membaca agak tidak faham..
tak apa, anggap je lah aku kerja tiap2 hari...
kawan2 aku mula mengeluh, tak dapat lepak sesama...
ibu bapa serta family kat kampung juga mula risau, "tak ada cuti ker?"
insyaAllah, kalau ada kelapangan, aku akan ambil cuti...

letih memang letih, tp dalam fikiranku 'kalau org lain boleh buat, kenapa tidak aku?'
org lain berkejar2 nak carik duit lebih (ot)..
aku pun mesti x boleh lepaskannya..
rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari..
yeah, musuh... harap2 xde yg nak bermusuh denganku ditempat baru...


nota tangan:
berkorban apa sahaja..