BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 5, 2011

Pertukaran

Pada mulanya seakan malas nak menulis..
Tidak menyangka, kekuatan menulis blog masih ada dikalangan teman2..
aku buka satu persatu blog sahabat2...
tertarik, menarik..
tiba2 semangat nak menulis datang kembali..
bnyk rasanya nak dikongsikan, tp biarlah aku simpan..


1 Ogos 2011, aku telah memulakan kerja di bahagian lain..
mmg menjadi adat, pertukaran dari satu bahagian ke satu bahagian dalam jabatanku..
aku baru sahaja bertukar unit.. hanya 8 bulan..
pada aku pertukaran ini ada satu peluang utk aku menimba pengalaman yg mana cukup berharga..
aku juga percaya ada sesuatu yg dijanjikan olehNya utk aku..
aku redha..

aku cuba belajar menerima keadaan ditempat baru..
3 shift.. petang, pagi, malam...
pada mulanya aku x biasa..
tp tika saat ini, aku dah mula rasa selesa..
walaupun cuti aku hanya sehari iaitu selepas shift malam dan 'dihiasi' dengan overtime, aku terpaksa akur walaupun hujung minggu aku pun terpaksa kerja...

aku tau kalian yg membaca agak tidak faham..
tak apa, anggap je lah aku kerja tiap2 hari...
kawan2 aku mula mengeluh, tak dapat lepak sesama...
ibu bapa serta family kat kampung juga mula risau, "tak ada cuti ker?"
insyaAllah, kalau ada kelapangan, aku akan ambil cuti...

letih memang letih, tp dalam fikiranku 'kalau org lain boleh buat, kenapa tidak aku?'
org lain berkejar2 nak carik duit lebih (ot)..
aku pun mesti x boleh lepaskannya..
rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari..
yeah, musuh... harap2 xde yg nak bermusuh denganku ditempat baru...


nota tangan:
berkorban apa sahaja..

1 comments:

Unknown said...

selamat kembali berblogging,
selamat bekerja di jabatan yg baru,
semoga sihat2 sentiasa:)

happy2 alwaz:)