BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 20, 2010

Kawan


Carilah kawan yang mempunyai kelebihan,
baik dalam perkara agama atau ilmu atau budi kesopanan.
Kerana jika lebih kawan itu daripada kita maka dapatlah kita tiru menjadi tauladan,
jika sama tarafnya dapatlah kita saling kuat menguat, bantu membantu.
Kerana budi pekerti yang baik dan adab yang terpuji tidaklah akan subur tumbuh didalam diri jika kita tidak saling tolong menolong menyuburkannya..

tidak ada karib atau kerabat yang lebih baik dari seorang teman yang menyokong dan membantu membesarkan hati dan memberanikan diri kita dalam menempuh kehidupan.
Hati yang tadinya lemah menjadi bertambah kuat digosok kawan.

Itulah sebabnya, sesungguhnya berkawan dengan orang yang tidak berilmu tetapi hidup dengan orang yang berilmu lebih baik dari berkawan dengan orang berilmu tapi hidup dikalangan orang yang bodoh-bodoh.


nota tangan:
hidup bertamadun

2 comments:

cham's said...

yup...as human being :-)

anummss said...

Salam dariku..
http://anummss.blogspot.com (Dunia tentang Sahabat)

Yaa...i sokong kata-kata lam puisi at atas ni.

Peranan seorang kawan juga penting lam kehidupan seseorang tu. Melalui kawanlah kita akan jadi seperti ini dan itu. Kebanyakkannya kerana kawan jugaklah yang akan mempengaruhi setiap apa yang cuba kita lakukan.

Jadi, pemilihan kawan amat penting and carilah kawan yang mampu untuk menjadi kawan kepada kita.

Salam..