BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, September 7, 2011

tak payah nak POYO sangat lah!!

Hari baik bulan baik ni sebenarnya x koser nak bercerita pasal orang..
tapi ada lah seorg hamba Allah ni, bertegur sapa pun tidak,
inikan nk bersalam bermaaf-maafan...
siap buat muka berlagak, poyo giler..

Ntah kat mana aku buat silap kat dia ntah, aku sndrik xtau..
andaikata aku ada buat salah, tegurlah kesilapan aku tu...
andaikata ada yang dia x puashati, terus terang je pada aku...
xperlu buat muka..
nak kata 'period', x jugak..
dengan org lain, boleh pulak bersalam-salaman, berborak2..
sukati ko lah..
aku carik rezeki, ko pun carik rezeki..
gaji aku bukan ko yg bayar... sekian.


nota tangan:
terkilan

Tuesday, August 23, 2011

Bonus dan Kereta


Apabila bonus tahun ini diberikan kepada keretaku,
redha jer lah...
roadtax ngn insurance mati 29hb ni...



nota tangan:
nangesss.. :P

Saturday, August 13, 2011

Doa Iftitah


Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.

Wednesday, August 10, 2011

Keluhan Perindu


10 Ramadhan 1432H
Pejam celik sudah 10 hari kita berpuasa..
barangkali ramai yg sudah membuat persiapan untuk hari raya..
aku pula seakan tak ada mood lagi utk bersiap2..
belum teruja katanya... hehe..

sejak 1hb lalu sehingga kini, aku tak tau bila masanya aku cuti...
aku rasa mcm tiap2 ari bekerja..
siang malam... time offday, kene buat OT pulak..
selagi ada peluang.. rezeki Tuhan, xboleh lepaskan...
aku sedar, xperlu utk aku mengeluh..
lagipun kerja aku bukannya teruk sangat sehingga kena angkat simen, batu bata, berpanas..
apa2 pun aku masih bersyukur..
diluar sana ramai lagi yg susah payah mencari rezeki..


Sayu hati ini bila teringatkan bonda dan keluarga di kampung..
Rindu sangat2 nk bersahur dan berbuka puasa beramai2 dikampung..
Telefon adalah cara aku berhubung dengan mereka..
Terubat sedikit rindu aku bila mendengar suara bonda..
demi mencari rezeki, perlulah aku mengorbankan waktu2 aku bersama keluarga..

puasa tahun ini mmg aku tak balik kampung..
mujur 2 hari sebelum raya nanti aku masih berkesempatan utk berpuasa di sana..
mudah-mudahan.. InsyaAllah..


nota tangan:
rindu



Friday, August 5, 2011

Pertukaran

Pada mulanya seakan malas nak menulis..
Tidak menyangka, kekuatan menulis blog masih ada dikalangan teman2..
aku buka satu persatu blog sahabat2...
tertarik, menarik..
tiba2 semangat nak menulis datang kembali..
bnyk rasanya nak dikongsikan, tp biarlah aku simpan..


1 Ogos 2011, aku telah memulakan kerja di bahagian lain..
mmg menjadi adat, pertukaran dari satu bahagian ke satu bahagian dalam jabatanku..
aku baru sahaja bertukar unit.. hanya 8 bulan..
pada aku pertukaran ini ada satu peluang utk aku menimba pengalaman yg mana cukup berharga..
aku juga percaya ada sesuatu yg dijanjikan olehNya utk aku..
aku redha..

aku cuba belajar menerima keadaan ditempat baru..
3 shift.. petang, pagi, malam...
pada mulanya aku x biasa..
tp tika saat ini, aku dah mula rasa selesa..
walaupun cuti aku hanya sehari iaitu selepas shift malam dan 'dihiasi' dengan overtime, aku terpaksa akur walaupun hujung minggu aku pun terpaksa kerja...

aku tau kalian yg membaca agak tidak faham..
tak apa, anggap je lah aku kerja tiap2 hari...
kawan2 aku mula mengeluh, tak dapat lepak sesama...
ibu bapa serta family kat kampung juga mula risau, "tak ada cuti ker?"
insyaAllah, kalau ada kelapangan, aku akan ambil cuti...

letih memang letih, tp dalam fikiranku 'kalau org lain boleh buat, kenapa tidak aku?'
org lain berkejar2 nak carik duit lebih (ot)..
aku pun mesti x boleh lepaskannya..
rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari..
yeah, musuh... harap2 xde yg nak bermusuh denganku ditempat baru...


nota tangan:
berkorban apa sahaja..

Tuesday, May 17, 2011

Kisah Hatiku

Lama sungguh aku tidak menulis...
mungkin disebabkan pengaruh Facebook aku hampir kehilangan rasa untuk menulis...
dulu, dalam seminggu ada saje yg mesti aku coretkan...
tapi kini, ntah mengapa sukarnya untuk aku meluahkan perasaan atau ceritera didalam blog ini...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan...
sudah pasti ada saja kisah2 tentang kehidupan yg telah berlaku...
aku pon tak pasti nak mulakan cerita bagaimana...
aku seakan lupa akan kisah2 yg telah berlaku..
mungkin aku dah malas nak ambik berat sangat...
yg aku tahu, teruskan hidup...



tentang kisah hatiku...
ntah kenapa semakin lama semakin tawar..
tiada langsung perasaan cinta...
terkadang aku jadi binggung...
apa sebab aku jadi begini...
mungkin benar org berkata, cinta tak harus memiliki...
tapi sampai bila?

aku langsung tiada ada perasaan cemburu bila melihat pasangan2 bercinta...
aku langsung tiada perasaan untuk mencinta dan dicintai...
apakah Tuhan telah menutup pintu hatiku ini?
kepadaMu ku berserah.....


nota tangan:
'empty'

Friday, March 11, 2011

apabila erti persahabatan dikhianati


mengenali dia sekitar akhir tahun lepas..
seingat aku bulan November..
kawan kepada kawan aku...

aku tidak memilih kawan...
tidak memilih jenis kulit...
kau ada kerjaya atau tidak...
kau kaya atau tidak..
pada aku tak penting semuanya itu..
yg penting kejujuran serta ikhlas utk bersahabat...

pertama kali aku ditipu mentah2...
mmg pantang aku kene kelentong..
terbongkar secara tak sengaja...
Tuhan Maha Kuasa...

aku tinggalkan dia seketika...
agar dia tahu apa silap dia...
MAAF.. itu saja yg diperkatakan..

aku terima kembali dia sebagai sahabat..
tapi jangan harap aku percayakan kau 100 peratus..
sepuluh kau katakan, mungkin tiga yg aku boleh percaya...
teringat kata2 sahabat lamaku..
"jangan sesekali kita mengkhianati kepercayaan org terhadap kita"

aku bukan nak mengungkit atas apa yg aku berikan...
masa, tenaga, kepercayaan... semuanya telah aku berikan...

suatu hari kau datang kepada aku..
dengan rasa hiba, sesekali airmata kau titiskan...
kau dilanda musibah..
aku simpati.. apa yg aku boleh lakukan, menjadi pendengar setia..
memberi nasihat yg agak berguna...
meluangkan waktu bersama kau walaupun kadangkala aku kesempitan waktu...

Tuhan Maha Mengetahui lagi Maha Melihat..
suatu hari, naluri ku bertanya...
apa sebenarnya berlaku..
aku cuba mencari jawapan...
seluruh alam cuba kau memutarkan...
aku cuma layankan..
selagi aku tak dapat bukti, selagi itu aku tidak mengalah...
akhirnya kau mengakui apa yg buat...
ternyata kau memang dusta...
pendusta!

kali ini tiada ruang utk kau disisiku sebagai sahabat...
kerana aku benar2 terluka dan kecewa...
moga kau diampunkan olehNya...
aku? dah lama ampunkan kau...
semoga kau dapat apa yg kau inginkan....



nota tangan:
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan , namun ada juga yang begitu kecewa kerana dikhianati sahabatnya.