BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 13, 2010

Langit Tidak Semestinya Cerah....


Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu juga, kita lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba2 menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita dalam berpasangan. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,

“Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”


Memang tipulah kalau ada manusia yang tidak pernah berselisih faham dengan pasangannya.. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul apabila bersama.

Dalam perhubungan, bagi aku biarlah kita bersikap jujur dan terus terang antara satu sama lain... tak perlu berselindung.. kononnya nak menjaga hati dan perasaan pasangan kita..akhirnya terurai jua kebenaran yang sebenarnya... benda2 sebegini, isu2 yang agak kecil pun boleh menjadikan kita “kurang mesra” bersama dengan pasangan kita...

Semua orang tak mempunyai sikap yang sama... Lain padang, lain belalang.. bila timbul isu yang sekecil zarah, akan dirungkai sedalam-dalamnya... tapi aku bersyukur, aku tak mudah nak menimbulkan sebarang perbalahan... Aku rasa itulah cara terbaik dalam sesuatu perhubungan..

Kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan.

Cara yang terbaik adalah berdiam sebentar. Kita biarkan diri kita tenang dan relax sebelum kita berbincang semula mengenai masalah yang timbul itu. Ini juga dapat memberikan si dia masa untuk turut berfikir mengenai kesilapan yang mungkin dilakukan oleh dirinya.

Apa yang aku katakan mungkin juga boleh digunapakai dalam menyelesaikan masalah dengan orang lain seperti rakan sekerja, bos kita ataupun dengan sesiapa sahaja. harap ada gunanya entry aku kali ini... :)

Nota tangan:

tak perlu berselindung...bersikap jujur dan berterus terang...kunci kebahagiaan....

0 comments: