BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 17, 2009

Cinta Tidak Sentiasa Dimiliki...


Bila kita jatuh cinta pada seseorang,
jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana
setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap-harap akan sesuatu...
sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.
tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai, keinginan itulah yang memberikan pahit, pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan siakan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..


nota tangan:
Cinta Bukan Untuk Dimiliki...

2 comments:

Frid Firdaus said...

Cinta tak semestinya untuk dimiliki.
Adakala ia cukup sekadar kasih, sayang dan kesetian.
Cinta atas dasar keikhlasan sentiasa memberi ruang pada hati.
Jangn kerana cinta kita hilang pertimbangan.
Sayangi mereka yang dicintai walau tidak memiliki.
Lepaskan mereka bila ia perlu dilepaskan.
Terima mereka bila masa sahaja bila mereka memerlukan.
Buka minda, buka hati, buka tangan dan buka diri.

Khai a.k.a Inche' Dean said...

yeap, betol tu...