BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 6, 2009

Hidup ini..


Hidup ini memang sukar diramalkan..
terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan.
Bukan mudah sebenarnya untuk mengapai kebahagiaan.
Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.
Kehidupan yang indah ini tidak seindah dengan hidup yang dilalui.
Dugaan yang melanda menambahkan lagi kepayahan yang dimiliki.
Kepayahan menjelma bagai sekelip mata.
Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan.
Hati mana yang tak gundah untuk menanggung keperitan yang bagai tiada penyudah.
Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.

Aku benar-benar mengerti, hidup sebenarnya satu misteri, kerana hari ini ketika mentari muncul, aku bersyukur kerna masih bernafas dan apabila mentari pergi aku menanti penuh debar hari esok yang mendatang.

Aku pasrah dan berserah, pada esok yang mendatang aku nanti dengan doa, semoga sentiasa dalam perlindunganNya. Aku bertekad di hati ini aku mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini bersama mereka yang menyayangi aku...


Nota tangan:
Kita hidup dengan kasih sayang yang diberi…

3 comments:

bungeCENGKEH said...

My Dear

There all part of the list

Wan..

Ena said...

Hargailah kehidupan yg kiter ade hari ini kerana mungkin esok bukan milik kita lagi..

sue teh said...

setiap aper yg berlaku ader hikmahnya.. :)