BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

Kenapa Cinta Susah Datang?


Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan..


nota tangan:
mungkin tiada jodoh antara kita

5 comments:

bungeCENGKEH said...

Cinta selalu ada dengan kita...

cInta Allah pada kita yang kurniakan sejuta satu rakmatnya pada kita...

Cinta ibu bapa kepada kita yang membesar dan mendidik kita semampu mereka tanpa minta balasan...

Cinta seorang sahabat terhadap kita yang mahukan yang terbaik untuk kita....

Jangan asyik fikirkan Cinta antara 2 hati...kerana bukan mudah untuk menemui cinta antara 2 hati...apa guna cinta antara 2 hati jika itu menyiksa kita kemudian hari... :)

Kami cintakan kamu as seorang kawan... lap U

Ena said...

he3x.. lom ader jodoh lg agaknyer..

Shubhangi said...

This is lovely "Kenapa cinta susah datang"
keep up the good work

SEO Services

hasni Jamali said...

tiba-tiba terjumpa laman blog Hanya Aku Sorang...salam perkenalan. :)

Anonymous said...

ru sure?