BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

Karaoke Aje..


Sejak minggu lalu, aktiviti luar aku adalah berkaraoke...
kali ni bukan sekali tapi 3-4 kali.. adeehhh...

Selasa, lepas keje aku bersiap2 pergi ke The Curve Damansara..
Teman2 mengajak aku utk berkaraoke..
Puas menyanyi dengan mereka2 yg bersuara sedap..
aku gelarkan mereka teman2 karok Curve..hihi

Rabu, aku ketepikan aktiviti luar sebab kerja sampai tgh malam..
last day aku buat inspection di waktu malam, utk tahun 2009..
tahun depan xtau ler ada ke tak... x tgk plan lagi..huhu..

khamis, aku tidak bekerja.. rasa malas yg amat sgt...
seperti biasa, aku nak gi jalan2 kat Sunway Pyramid, sorang2..
tetibe seorg sahabat nak ikut.. aku ok jer..
sebelum maghrib aku dah lek umah sebab malamnya aku dah janji ngn teman2 utk lepak2 kat Pavillion.. konon2nya nak sambut Christmas..huhu..
saje nak tgk warga Kuala Lumpur menyambut..
seumur hidup aku, ni lah 1st time..
dan sejujurnya, aku rasa rimas dan x selesa..
atas jalan bersepah2 ngn tin2 penyembur ala2 salji..
dan juga org2nya yg seakan2 hilang akal dan hilang kawalan..
inilah cara mereka kot..

jumaat, 25 Disember 2009.. hari Natal bagi mereka yg beragama Kristian..
lepas solat jumaat, aku dan teman2 berkaraoke kat The Gardens..
sekali lagi... dan masa tu aku harap ianya adalah kali terakhir dalam bulan ini dan tahun ini..hihihii..

sabtu, aku dijemput oleh seorg sahabat..
katanya mintak tolong aku buat artwork..
ishh, aku mana la reti..
tp aku nk cuba gak...hihiii..
lepas tgk sehati berdansa kat umah dia, teman2 karok Curve mengajak sekali lagi berkaraoke kat Ampang Park... adehhhhh, nyanyi lagi ker? :P
layan jer la...hahahaaa...
aku tak lek umah, tido umah sahabat kat wangsamaju..

ahad, hampir tghari bangun.. brunch kat Subway Wangsa Walk...
sahabat aku berhajat nak berkaraoke lagi...
mungkin malam tadi xpuas nk melalak..huhu..
dia mengajak teman2 dia berkaraoke kat Wangsa Walk..
hahaha...sekali lagi berkaraoke...
memang giler.. kalah artis yer.. :P
so, korang kiralah berapa kali aku gi karaoke dalam minggu ni.. :P
ape2 pon minggu aku diisi ngn bende2 yg berfaedah.. :P


nota tangan:
dah xtau nak nyanyi lagu ape.. semua bantai.. hahaha

2 comments:

bungeCENGKEH said...

Cantik nama gelaran untuk kami tu..ahaksss

nanisha said...

kaannnnnnnnnnnn... hahahaha.