Jumaat lalu, setiba aku ke kantor...
"wehh, ko dah amek result lom?"tanya teman sekantor..."result ape?" balas aku sambil muka cuak.."result PTK laa.. gi amek cepat"Ya Allah, berdegup jantung aku...
teruja, berdebar dan sedikit perasaan takut juga menyelubungi aku..
exam bulan April yg lalu aku ambil...
bukan setakat bertulis, malah kene buat presentation, kene interview bagai...
dalam hati aku, "harap2 lulus"
setiba di cawangan latihan, seorang ketua di situ telah ucapkan tahniah kepada aku..
aku cuma mampu berterima kasih dengan senyuman sehabis manis... ahahaa...
aku masih tidak percaya selagi aku tidak melihat dengan mata kepala aku sendrik...
aku diberikan sampul putih..
dan isinya berwarna kuning coklat...
"wahhhh, dapat 4-4" ada org yg menyapa...
syukur Alhamdulillah... xsia2 aku bersiap sedia dan bermohon kepadaNya...
rezeki dari Dia yg Maha Esa...
lulus dengan aras 4, bermakna dapat anjakan gaji dan boleh naik pangkat..
kebanyakan sahabat2 yg mengambil hanya dapat aras 3...
dan pada masa itu, aku bagaikan masih tidak percaya...
tak putus2 menerima ucapan tahniah...
tetiba glamor satu kompleks...
heboh org perkatakan, "baru pertama kali ambik, dah dapat 4..hebat!"
ahahaa... aku bukan riak atau takbur..
tapi aku percaya, apa yg aku usahakan pasti membuahkan hasil..
kalau tiada hasil, mungkin bukan rezeki pada masa itu...
percayalah, tuhan telah tetap untuk kita.. apa jua...
insyaAllah...
tak lupa, aku terus telefon org yg paling aku sayang di kampung...
menyatakan hasrat aku lulus periksa...
aku dah terbayang wajah gembira mak aku dengan suaranya walaupun aku tidak melihatnya...
tiba2 rindu yg amat sangat kat mak..
insyaAllah, hujung minggu ni org balik ye mak... :)
terima kasih diucapkan kepada insan yg jauh kerana memberi sokongan dengan berpuasa untukku supaya lulus... terima kasih sekali lagi :)
Rabu lalu, aku ambik satu lagi peperiksaan...peperiksaan KPSL...
kakitangan kerajaan pasti biasa sangat dengan exam2 macam PTK, KPSL...
semuanya utk diri sendri, bukan untuk org lain... :)
harap2 exam KPSL turut memberikan khabar yg baik untuk aku dan org yg aku sayang..
nota tangan:
Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.