BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 6, 2008

Nasi Lemak Kg Baru..... Pengajaran Untuk Semua



Dibulan puasa ni, skali skali pekena nasik lemak kat Kg Baru mmg best kan.. tapi tetiba aku xnak pegi sebab dah tau ape sebenarnya dah terjadik.. Aku menerima email yang dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian.. Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai mknnya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis email) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas.
Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripadabawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh

dengan ..............



Nasi Lemak !!!!!

He...He... He...Jangan mare ....... Dah! Cerita ni tipu jer.........
Pergi buat keje korang...

10 comments:

Unknown said...

encik khai....

waduh2 aku tertipu lor,
bluek!!!!!

dah blk dr klinik dah pun,
hehehehehehehe:)
x kena cucuk pun,
lalalalalalala

Khai a.k.a Inche' Dean said...

hahaha... jgn marah naaa.... ;D

Unknown said...

khai...

mana ada marah,
suka sgt2...
alhamdullilah,
ok kot,
hurm...
doakan wanie cepat sembuh yer:)

Anonymous said...

HAHHAHA

hampagas tol

jln citer dh menarik
HOHOHO

skali last2
tertipu
haish
xpew

xpasal2 tergelak sowang
aduh

shahril.hussin said...

aduhhhh...aku tertipu gak....fav ni nasi lemak kg baru....

kin said...

Betuah!
hahaha... Ingat betul2 ler jadik bomoh belia "terjun" ...HAHAHA....dean... dean ;D

Khai a.k.a Inche' Dean said...

hahahahaa.... sajer nak melawak di bulan posa ni...

ma'afin gueee... ;P

Unknown said...

khai...
kalau nak tahu samada dah ok,
baca my new entry,
huk huk huk huk

Anonymous said...

huhu...bes gak citer nie..
huishh suspen gak di buatnya..
(^_^)v

Khai a.k.a Inche' Dean said...

haha..suspen kan?? kan??? kan???? ;D