BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 31, 2009

Hanya Aku + Batuk


Lepas satu penyakit, satu penyakit aku trima..
dah 3-4 ari aku batuk.. adehh..
mmg minggu ni minggu kesihatan aku terjejas..
nak buat camner kan, terima ajer lah..
tapi aku ni mmg degil makan ubat..
lagi la ubat sesema ngn ubat batuk..


Sekarang ni suara aku teruk giler..
terpaksa menghentikan program Karaoke bersama kengkawan.. huhu..
masing2 pon terpaksa memberi penghormatan supaya aku betol2 sembuh.. hahaha..
Esok dah mula keje seperti biasa.. mengadap fail2 yg ntah bile boleh selesai..
Ape2 pon aku xsabar nak tunggu ujung minggu ni..
kenapa? ade lerr.. ;P



nota tangan:
sexy mexy suara aku.. huhhu

Friday, May 29, 2009

Hanya Aku + Kesihatan




Hampir seminggu aku berada dalam keadaan kurang sihat..
Kesihatan aku agak terganggu..
Mungkin disebabkan cuaca..
mungkin juga disebabkan terlalu banyak keje..
mungkin juga aku tak cukup berehat..

Aku mmg jarang sekali jumpa doktor..
tak koser sebenarnya..
makan ajer ubat yg ada.. elakkan dari pembaziran.. mwahaha..
ape2 pon aku berusaha menjaga kesihatan aku..
bak kata org "nak pakai lama"..
adehhh, ingat barang ke ape?? ;P


nota tangan:
jagalah diri anda sebelom anda dijaga..
[camner tuu??] ;P

Hanya Aku + Birthday Lagi..


Birthday lagi?
Hahaha.. kali ni birthday my luvly fren..
Norazlina Hassan aka Nanie..
yang ke berapa? tetttt... hahaha

semoga kamu diberkati Allah dan diberi seribu kemanisan didalam hidup..
cepat2 la kawen yer... gegegege... ;)



nota tangan:
semakin hampir..huhuhu

Thursday, May 28, 2009

Hanya Aku + Kepantasan

Diam tak diam dah hampir masuk bulan Jun..
pantas betol masa berlalu..
yang baru lahir semakin membesar..
yang budak juga semakin remaja..
yang remaja semakin dewasa..
yang dewasa semakin ke 'alaf' berusia..

Aku terfikir sejenak, ape yang telah aku dapat sepanjang
aku hidup dimuka bumi ini..
ada yg aku berpuashati, ada yg tidak dicapai lagi..
tapi aku tetap bersyukur Tuhan masih memanjang usia aku
dan memberikan ape yg aku miliki...


Dalam kepantasan masa, seringkali kite terlupa akan tanggungjawab kita..
dalam semua aspek..
Kadang2 aku terfikir sampai bile aku sebegini..
setiap ari sama saja.. kadang2 bosan, sunyi, letih..
aku ingin mengubahnya tp aku xtau ape yg harus aku ubahnya..
mungkin dari hidup seorg kepada hidup berdua atau bertiga atau berempat.... gegegegee....
sape tahu kemungkinan akan berlaku..
ape2 pon aku tetap bersyukur kepadaNya..


nota tangan:
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali..

Tuesday, May 26, 2009

Hanya Aku + Ucapan..


Aku ucapkan
Selamat Ulang Tahun
kepada

Iejard Nasaha yang ke 29 pada 25.05 (semalam)

dan

Cik Wanie yang ke 26 pada 26.05 (ari ni)..

Semoga kalian diberkati olehNya dan dalam keadaan ceria2 selalu... ;)


nota tangan:
setiap detik dan setiap masa makin bertambah usia

Saturday, May 23, 2009

Hanya Aku + Keletihan


Fuhh, mmg letih kebelakangan ni..
keje, life...
tau2 ajer dah ujung minggu..
bile ujung minggu, time nak lupakan seketika pasal keje..
so, hang out with my frens..
walaupon keletihan, tetap rasa puas dan happy..

tapi aku rasa masa begitu pantas berlalu..
sedar tak sedar usia juga bertambah..
[muka tetap maintain mude.. gegege]
untuk mengekalkan awet mude, aku perlu berehat..
rehat yg secukupnye, itu ajer petuanya..
xperlu ber'vitamin' bagai, botox ke ape.. gegege..
asalkan tido teratur.. kan?



nota tangan:
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan..

Thursday, May 21, 2009

Hanya Aku + Hari2 Aku..



Kini hari2 aku mmg padat dengan keje..
dan juga dengan koir sempena majlis berlansung pada hari selasa ni..
nak update blog pon mcm xsempat..
lagipon xde citer nak dikongsi..
hari2 sama jer.. keje, keje, keje..
ape2 pon aku tetap happy.. ;)
pasal emosi aku yg terganggu,
kini dah kembali normal.. gegege....

"kau ni mmg seorg yg beremosi dan kadang2 sensitip!"
ahaks.. ayat yg diberikan dikalangan sahabat2 aku...
tp aku xkesah pon ape org nak kata..
mungkin sifat aku sebegitu...
walaupon aku ni 'lelaki emo' or 'mamat sensitip'
tp aku cepat cool beb.. mwahaha..
ape2 pon hidup mesti diteruskan ;)


nota tangan:
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Monday, May 18, 2009

Hanya Aku + Emosi Terganggu..


Semenjak dua menjak ni, mmg emosi aku agak terganggu..
macam2 hal..
yg ini begini, yg itu begitu..
sampai disatu tahap aku ingin duduk jauh2 dari org sekeliling aku..
aku nak carik ketenangan..
ingin aku luahkan disini, tapi aku xtau nak memulakannya bagaimana..
malah, ianya agak rumit..

Ape yang aku inginkan,
pergi di satu tempat berseorangan..
jerit sekuat2 ati aku..
mungkin menangis sepuas2 ati aku..
tapi air mata aku cukup mahal..
sgt sukar ianya nak mengalir keluar..
ntahlah.. aku sebenarnya xsuka bende2 mcm ni menghantui hidup aku..
aku lebih sukakan hidup yg sempoi, buat hal sendrik..
sesuai dengan tagline aku, Hanya Aku Sorang..
tapi aku sebagai manusia yg duduk dimuka bumi yg berhadapan dengan pelbagai makhluk tak dapat juga mengelak dari berhubungkait..
ntahlah...semakin buntu..
aku tertarik dengan kata2 seorg sahabat..
"solat, berdoa supaya boleh menenangkan diri"
mmg betol kata2nya.. semua yg terjadik adalah dariNya..
ape2pon aku bersedia menghadapi ape yg akan terjadi di masa yg akan datang..


nota tangan:
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini..

Sunday, May 17, 2009

Hanya Aku + 'I Love You, Man'

Hari ni seperti biasa, bangun lewat..
Pada aku time2 begini jer boleh aku buat.. huhu..
Mula2 mmg xde plan..
cuma menunggu sahabat datang untuk letak barang kat umah aku..
tumpang sementara beberapa bulan selama dia berada di Australia..

Hari ni aku rasa malas sangat2,
bertambah dengan emosi aku yang tak stabil..
bukan datang bulan ok..PMS lagi la tidak..

untuk menghilangkan sedikit emosi aku,
aku kuar bersiar2 ngn sahabat ke Midvalley..
xde niat nak tgk muvie, tapi dah sampai sana,
kaki seolah2 ditarik2 dari arah panggung wayang..
xtau nak tgk citer ape, main belasah ajer citer "I Love You, Man"..


citer komedi sekali lagi..
aku suka, xberapa berat..
citer yg sempoi yang mengisahkan seorg agen hartanah,
bertunang dengan seorg gadis cantik..
dalam masa yang sama, dia sedar dia xde kwn baik lelaki..
so, dia berusaha untuk mencari sehinggalah bertemu seorg lelaki
yang hidupnya agak slumber..
banyak la kisah2 yg kelakar dalam tu..
akhirnya dia berkahwin jugak..

bagi yg mereka ingin meringankan kepala otak dari berserabut,
aku sarankan tgk la citer nih.. lawak seyyhh.. huhu



nota tangan:
"Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

Saturday, May 16, 2009

Hanya Aku + Derma Darah


Yeaahh, ari ni ari sabtu..
Ari aku untuk merehatkan diri dari bekerja..
Aku ada sebut pasal kempen derma darah dlm entry sebelum ni..
So, ari ni aku pi ngn seorg sahabat..
Aku pegi pon untuk support seorg sahabat ni..
Niat ati mmg nak mencuba derma darah,
tapi bile dah smpai sana, neves giler nak derma..
tgk org terbaring2 sedang menderma, kecut pulak perut aku..
Bertambah pulak paksaan sahabat aku tu..adehh..

Alang2 dah sampai sana, kitorg jalan2 dalam MYdin tu..
1st time aku ke sini walaupon xsampai 7km pon dari umah aku..
kebetulan kat sana ada buat live HITS1 RTM show..
tgk gak la sekejap.. tu pon sebab ada YUNA..
ahhh, suka tgk dia buat live show..sangat sedap..

Lepas semuanya selesai, kitorg lepak kat kedai mamak kat sana gak..
then, balik umah..
tiba kat umah, kepala otak aku jadik stress ngn macam2 bende..
ntah la...xtau nak ckp..
:(


nota tangan:
lebih baik derma darah, dari menderma dara.. oppsss.. ;P

Thursday, May 14, 2009

Hanya Aku + Dan Sebenarnya


Oh Bulan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga menyintai aku

Ku enggan berpura pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih.. bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Oh...

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku rindu ..

Dan Sebenarnya ..
Dan Sebenarnya ..
Aku tak mampu .. tanpamu..



nota tangan:
suke ;)

Hanya Aku + Kempen Derma Darah

Seumur hidup aku xpenah derma darah pon..
Tapi kali ni mungkin, ni pon sebab seorg sahabat aku yg bekerja di Suriafm..
hihhi... sajer nak support kengkawan..
Ape2 pon, sesapa yang berkelapangan,
jom sertai kempen derma darah
bersama SuriaFM dan Pusat Darah Negara,
pada Sabtu 16 Mei 2009
Jam 1pm-5pm di Mydin Mall USJ bersama Tuah dan Zizi..

see ya.. ;)



nota tangan:
Sokong Wonder Pets.. ;P

Monday, May 11, 2009

Hanya Aku + Urut

Hari ni, sungguh bersemangat aku nak pegi keje..
mungkin sebab ari isnin, permulaan minggu..
konon ajer, esok2 dah rasa malas... hihi..
xelok2.. ;P

macam biasa, pagi2 aku tgk surat menyurat yg patut di'settle'kan..
then amek fail untuk di'inspection'kan..
hahaha..rosak bahasa..
Banyak gak la fail yg harus diselesaikan..
adehhh mana mau pegi ari ini?
nak pi KL mcm malas lak,
tp colleague aku nak pi area KL gak..
aku main amek jer fail kawasan Jalan Imbi,
ape lagi, pi Berjaya Times Square laa..
time2 musim panas ni, harus pegi kat tempat2 yg ade aircond..
tu adalah strategi... mwahahahaaa...
ada 5 fail aku bawak.. kesemuanya adalah rumah urut..


Nak buat inspection kat rumah urut ni
kene banyak bersabor dari segi mental dan fizikal..
kebanyakkan staff diorg adalah foreigner dari tanah besar China,
xpon Thailand.. diorg ni susah nak berkomunikasi dlm English..
so, mcm ayam ngn itik bercakap.. adehhh...

selesai 4 fail, tinggal 1 lagi..
tiba jer di kedai tersebut, tetiba kosong..
xde org lansung, tapi kedai bukak..
dengan kuasa yg ada, kitorg main masuk jer..
yang ada dalam tu sorg nyonya tua yg sedang dalam ketakutan..
kitorg perkenalkan diri kat nyonya tu, dan rupanya dia adalah pelanggan kat situ..
tanya dia, mana smua staff kat situ, dia kata semuanya lari dan xtau kemana..
OMG, ape dah terjadik? mungkin diorg ingat kitorg ni imigresen dan nak tangkap diorg..adoiii aiii mcm2..
nyonya tu pon takut sebenarnya, pucat ajer muka dia..
dia ingat dia dah amek servis illegal..
kemudian nyonya tu siap2 tinggalkan kedai tu..
"should i pay?" dia kata..
"xyah aunty, u balik ajer..."
mwhahaha, jahat aku mengajar org tua..
hai macam2....



nota tangan:
Dah buat salah, mesti rasa takut ajer.. kann?

Hanya Aku + Jadi Milikmu (Crazy)

Anggun - Jadi Milikmu (Crazy)

Setiap kali bermimpi
Aku menunggu datangnya kamu
Setiap kali ku tahu
Kau buat hati ku tersipu

Walau cuma sekejap
Gelisah hilang, dan mungkin lenyap
Setiap kali terjadi, engkau membuatku terpana

Yang aku mau hanya dirimu
Kau seorang
Yang aku mau jadi milikmu

You know that it’s true
Ain’t no body as I am crazy for you
It’s all about you
Everybody knows that I’m crazy for you

You know that it’s true
Promised you the world that go crazy for you
It’s all about you
Everything you do makes me crazy for you

Tak lagi ku mencari
Yang aku rindu ada disini
Tak lagi aku sendiri
Wajahmu terlukis dihati

Engkau matahariku
Bersinar pagi, sinar malamku
Hati yang dulu biru
Kini tertawa karenamu

Yang aku mau hanya dirimu
Kau seorang
Yang aku mau jadi milikmu

You know that it’s true
Ain’t no body as I am crazy for you
It’s all about you
Everybody knows that I’m crazy for you

You know that it’s true
Promised you the world that go crazy for you
It’s all about you
Everything you do makes me crazy for you

You know that it’s true
It’s all about you
You make me going crazy
Know that it’s true
It’s all about you
You make me going crazy




nota tangan:
You make me going crazy! ;P

Saturday, May 9, 2009

Hanya Aku + Ibuku

Esok adalah Hari Ibu..
Adehhh, windu giler kat mak aku
walaupon baru jer aku lek kg.. geggee..
rindu aku xkan berkurang pada ibu aku..

** ni lah mak aku.. gegege..

Bile sebut pasal ibu,
mmg pada aku jasa seorg ibu mmg xterbalas..
pengorbanannya mmg besar..
9 bulan kite berada dlm kandungan..
ape yg dia mkn, kite makan..
ape yg dia minum kite minum..
pada aku, ibu adalah segala2nya..

Mungkin sesetengah manusia tidak mempunyai ibu yg sempurna..
faham bukan? tapi percayalah,
sejahat2 ibu, dia tetap 'syurga' kita..
tiada dia, tiadalah kita..
dikesempatan hari ibu ini, cuba lah berikan sedikit
'kenangan' utk mereka walaupon hanya bersalaman ataupun peluk cium
sebagai tanda kasih syg kita..
mana yg sudah tiada ibu,
bacakan surah Yassin ataupon sekurang2nya surah AlFathihah..
moga diberkati olehNya..

Untuk ibu aku lak, aku dan adik beradik dah berpakat nak buat satu majlis utk ibuku..
insyaAllah akhir bulan ni..
disamping besday2 kaum keluargaku yg lahir dalam bulan Mei..
family besar kan..
pulak tu kebetulan bulan Mei ni anniversary mak dan bapa aku..
so, mmg sedang elok lah..hihi..
ape2 pon I luv my mom, forever ever n ever... hihi
Sayang Mak! ;)



nota tangan:
Hargailah Ibu selagi boleh dihargai...

Hanya Aku + Kedai Perabut

Hari ni hari Sabtu, xde plan ape2..
bangun tido kol 11 lebih..
malas pon ade nak bangun..
syok mengulit2 atas katil..gegege..
Sahabat aku telefon nak ajak pi lunch..
so, aku bersiap..mmg rasa lapar..

Lepas makan dah xtau nak pi mana,
menyinggah jap kat kedai perabut,
depan balai polis Kelana Jaya..
kalu korg nak tau, aku ni mmg suka pi kedai2 perabut..
malah rajin gak la pi IKEA..
bukan pe, sajer cuci2 mata,
berangan2 nak perabut itu, perabut ini.. gegegee...


Lepas tu, sahabat aku ajak pi kedai perabut 99 kat USJ..
katanya murah.. so kitorg pon pegi laa..
1st time aku pi sana, bnyk gak kedai perabutnya..
mcm2 harga aku dapat..tawar menawar tp aku bukan nak beli pon..gegege...
jahat giler aku..
dah puas2 pi sana, on the way balik nampak kedai perabut LDP
yang betol2 tepi highway LDP tu..
menyinggah jap kat sana.. hahaha..
kitorg pi cavenzi..kitorg usha2 katil,
adehhhh murah giler salesgirl tu bagi..
macam nak amek, tp memandangkan bilik aku kecik
then ada ura2 aku nak berpindah, xjadik ler aku nak mengambeknye..

setelah penat round2, kitorg pi minum kat Fend Ikan Bakar..
minum ABC special dia.. mmg aku suka kat situ..
dah jadik kedai makan favourite aku dah.. gegege..
balik jer dah rasa penat tapi puas.. ape lagik, tido lerr.. hihi..


nota tangan:
rasa puas di hari Sabtu..
'lain org lain tahap kepuasannya' ;)

Thursday, May 7, 2009

Hanya Aku + The Uninvited

Hari ni aku kembali bekerja seperti biasa..
meja aku penuh dengan fail2 malah surat menyurat penuh dalam tray 'masuk' aku..
Ada jugak yang ajak pi inspections sama2,
tapi aku kene settlekan keja2 dipejabat dulu..
maybe next week baru aku buat inspections balik..

pukul 4.30 aku lek keje,
walaupon banyak keje ni..
tu pon sebab aku dah berjanji ngn sahabat baik aku
nak tgk wayang..
aku gigihkan diri pegi alamanda putrajaya..
pada mulanya dah booking citer Star Trex,
tapi mcm xde nafsu lak nak nengoknye..
kitorg decided nak tgk citer antu, The Uninvited..



Citer ni mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada 4 anak beranak dan seorg jururawat khas.. Tragedi seram tercetus apabila watak utama(Anna) dilanda trauma dan ditempatkan di sebuah hospital mental. Ni semua adalah berpunca dari bapa dia yang ada affair ngn nurse sedangkan mak dia derita dalam kesakitan. Setelah setahun ditempatkan di wad mental, dia dibebaskan. Namun, setelah dibebaskan, dia terpaksa berhadapan dengan roh kakaknya yang cuba merasuk dirinya untuk memusnahkan bakal mak tirinya. Dalam citer ni 'hantu2' yang menjelma adalah dari khayalan dia semata2 yang kononnya mencari jalan penyelesaian.. Pada aku citer ni best, pada mulanya kite akan beranggapan nurse tu yg bunuh mak dia sebab nak kan si bapa dia,tak pon bapak dia yg bunuh, tapi sebenarnya kematian mak ngn akak dia adalah tidak sengaja atas sifat dendam si Anna..rupanya2 dia still sakit mental walaupon dah dibebaskan dari spital.. so, sape yg tgk pon sakit mental gak.. mwhahahaaa...
sape2 nak tgk, boleh lah tgk.. sape2 xkesempatan, carik ajer DVD..gegege..


nota tangan:
kadang2 best gak jadik pesakit mental, bunuh org still x dihukum mati.. gegege

Wednesday, May 6, 2009

Hanya Aku + Muvie..

Hari ni aku dah berada di Kelana Jaya..
tapi aku masih bercuti..
sajer nak berehat lagi..

Tengahari aku lunch di Giant Puchong..
bersama-sama sahabat2 aku..
Selepas makan, masing2 buat haluan sendiri..hihi..
dan aku terus ke LRT Taman Bahagia..
Nak pi KLCC bertemu sahabat2 lain..

Tiba disana, kami berjumpa..
dan diorg nak tgk muvie..
bukan kat KLCC ataupon Pavilion,
tapi kat One Utama..
Adehhh, napa la xcakap nak tgk kat sana.. huhu..
aku xkesah pon... sronok gak pi KLCC naik tren.. kan?..hihi

dah sampai ke OU, baru decide nk tgk citer ape..
decide punye decide, kitorg nak tgk citer
He´s Just Not That Into You..
Filem komedi romantik..
Layan ajer..asalkan jgn citer Bohsia..
xberapa minat.. hhuuhu..


Filem yang mengisahkan tentang perbezaan pandangan dan perspektif mengenai hubungan, cinta, kasih dan sayang.
Kejujuran, kesetiaan, komitmen dan masa depan yang tidak serba pasti menjadi intipati dalam cite ni.
filem ini berkisar akan jalan cerita antara watak-watak yang saling berkait di antara satu sama lain.
Filem yang menyaksikan bagaimana diorg ni mengemudi pengembaraan mereka dalam hubungan dari 'cinta monyet' sehinggakan kepada hubungan sedalam perkahwinan.

Filem yang dibarisi oleh ramai pelakon terkenal Hollywood;
Ben Affleck, Jeniffer Aniston, Scarlet Johannson, Drew Barrymore, Jennifer Connelley, Kevin Connelley, Bradley Cooper, Ginniffer Goodwinn dan Justin Long.

Aku mengsyorkan kepada teman2 sekalian agar tonton citer nih..
Filem yang bagus untuk korang yg cuba untuk memahami cinta dan hubungan..
dan kepada korang yg dah lama 'bertarung nyawa' dalam samudera cinta dan perkahwinan, amatlah digalakkan jugak menontonnya... ;)


nota tangan:
xde watak sesuai untuk aku dalam citer nih.. gegege...

Hanya Aku + Jangan Kau Lepas


Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskanku darimu…

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disini

Izinkan aku…, berlutut mengharap
Kau tuk kembali
Izinkan aku…, berharap dirimu
Kembali, dan kembali, dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak disini

Izinkan aku…, berlutut mengharap
Kau tuk kembali
Izinkan aku…, berharap dirimu
Kembali, dan kembali, dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu…
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan ku
Darimu… [2x]


nota tangan:
best lagu nih... layan yokk... ;P

Hanya Aku + Balik Kampung...

Pagi Ahad, aku bangun awal...
seperti yg aku katakan aku akan balik kg..
so, pagi2 lagi aku dah bersiap..

Beralaskan Nasik Lemak dengan teh tarik
di kedai mamak Fariz Maju yg sangat femes kat ss6 kelana jaya,
aku ngn seorg sahabat menjamu selera.. hihi..
dan dia hantar aku kat LRT Taman Bahagia..
kali ni aku decided nak lek kg ngn bas ajer..
maklumlah, SORANG kan.. next time maybe BERDUA..
sape tahu.. hihihi..
tiba di Puduraya kol 9.15 pagi, terus ke kaunter..
syukur pukul 9.30 ada bas ke Batu Pahat..
xdelah lama aku menunggu..
Sepanjang perjalanan,dalam kepala terbayang,
apekah hidangan mak aku sediakan untuk aku..
tiba di halaman rumah lebih kurang kol 1 ptg..
bukak jer pintu rumah dah terbau yg sungguh menyelerakan..
Ayam masak lemak cili padi... hahaha my favourite..
i luv it.. mmg x mngecewakan..
cukup sekadar nasik putih dengan lauk ayam lemak cili padi,
walaupun bnyk lauk pauk yg lain..



ketika aku menulis, aku rindukan semuanya di kampung..
my mom, my 'anak fruit' dan lain2..
skali skala balik kampung mmg menyeronokan..
harap kalau ada kelapangan masa, pasti aku akan balik lagi...
insyaAllah.. ;)


nota tangan:
tempat jatuh lagi dikenang.. ;)

Saturday, May 2, 2009

Hanya Aku + Ibu


Isnin hinggaRabu aku akan bercuti,
saja nak amek cuti, nak berehat..nak tenangkan fikiran.. huhu..
so aku amik keputusan untuk balik kampung..

Rasa rindu giler kat mak aku..
walaupun dalam seminggu 3 4 kali aku call dia,
tanya kabar dia, tapi xsama jugak..xde depan mata..
cuma suara jer aku dengar..

Maskulin bulan ni mengupas topik pasal hari ibu..
makin rindu aku kat mak aku.. huhhuu..
tak kira la aku dikata anak mak ape.. hhuhu
asalkan aku tau kedudukan aku camner..

erm, sok pagi2 aku balik la kampung gamaknya..
ape agaknya mak aku buat untuk aku ni ek? hihi..

sure x abis2 aku makan..haha..
xsabar dah nak lek nih.. huhhu...


nota tangan:
ibu adalah segala2nya, sayangi ibu selagi masih ada...

Friday, May 1, 2009

Hanya Aku + Grand Finale OIAM3


Malam ni, Grand Finale untuk OIAM season..
kali ni aku berkesempatan untuk menontonnya secara live
kat Stadium Malawati Shah Alam.
Tiket adalah percuma ihsan dari seorg sahabat..hihihii..
[terima kasih aku ucapkan...gegege]
bukan sikit aku dapat tiketnya, 30 pcs yer.. huhuhu..
banyak gak aku 'sedekahkan' tiket tu kat kwn2,
kat kenal2an aku..
dari membazir kan..huhhuu..

Yang pasti mlm ni aku cuma nak tgk persembahan2 diorg,
kata org, dalam tv lain, kat stadium lain..
aku xde la teruja giler2, tp seperti aku katakan tadi,
sajer nak menambahkan pengalaman..
mana la tau, dapat semangat untuk aku cuba OIAM tahun depan.. mwahahhaaa...

Malam ni mungkin ada kejutan sebab kemungkinan 3 finalist
ataupon seperti biasa, 2 finalist..
ape2 pon top 3 yg ada ni adalah favourite aku gak..
cuma sedikit terkilan si Amylea tak kesampaian...
sama2lah kite tgk persembahan mereka samada di tv mahupun di stadium..
daaa....



nota tangan:
best gak dapat 1 million... kann?

Hanya Aku + Besday Dilla

Hari ni Hari Pekerja..
so, kebanyakknnya bercuti..
aku tak nak citer pasal Hari Pekerja ke, hari buruh ke..
tapi aku nak buat entry khas untuk sahabat aku berada di Johor Bahru..
sahabat semasa aku study dulu..


Hari ni merupakan Hari Lahirnya yg ke 27..
sebaya ngn aku, cuma dia lahir awal beberapa bulan dari aku.. hihhiii...
namanya Haszreela Zakaria aka Dilla..
setiap kali tiba 1st May, pasti aku akan ingatkan dia..
penah dulu dia kata,
"sempena besday saya, saya bagi cuti kat semua org seluruh Malaysia"
hahahahaaa, yoyooh jer kan... ;P
ape2 pon aku amat merinduinya..
bnyak yg aku lalui ngan dia masa aku kat JB dulu..
tp itu semuanya tinggal kenangan..
harap dia berjaya dalam hidupnya dan bertemu dengan mr. right.. hhihi


nota tangan:
semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki..
kawen nnti jgn lupa jemput.. ggegeee..