BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 7, 2009

Hanya Aku + The Uninvited

Hari ni aku kembali bekerja seperti biasa..
meja aku penuh dengan fail2 malah surat menyurat penuh dalam tray 'masuk' aku..
Ada jugak yang ajak pi inspections sama2,
tapi aku kene settlekan keja2 dipejabat dulu..
maybe next week baru aku buat inspections balik..

pukul 4.30 aku lek keje,
walaupon banyak keje ni..
tu pon sebab aku dah berjanji ngn sahabat baik aku
nak tgk wayang..
aku gigihkan diri pegi alamanda putrajaya..
pada mulanya dah booking citer Star Trex,
tapi mcm xde nafsu lak nak nengoknye..
kitorg decided nak tgk citer antu, The Uninvited..



Citer ni mengisahkan sebuah keluarga yang terdiri daripada 4 anak beranak dan seorg jururawat khas.. Tragedi seram tercetus apabila watak utama(Anna) dilanda trauma dan ditempatkan di sebuah hospital mental. Ni semua adalah berpunca dari bapa dia yang ada affair ngn nurse sedangkan mak dia derita dalam kesakitan. Setelah setahun ditempatkan di wad mental, dia dibebaskan. Namun, setelah dibebaskan, dia terpaksa berhadapan dengan roh kakaknya yang cuba merasuk dirinya untuk memusnahkan bakal mak tirinya. Dalam citer ni 'hantu2' yang menjelma adalah dari khayalan dia semata2 yang kononnya mencari jalan penyelesaian.. Pada aku citer ni best, pada mulanya kite akan beranggapan nurse tu yg bunuh mak dia sebab nak kan si bapa dia,tak pon bapak dia yg bunuh, tapi sebenarnya kematian mak ngn akak dia adalah tidak sengaja atas sifat dendam si Anna..rupanya2 dia still sakit mental walaupon dah dibebaskan dari spital.. so, sape yg tgk pon sakit mental gak.. mwhahahaaa...
sape2 nak tgk, boleh lah tgk.. sape2 xkesempatan, carik ajer DVD..gegege..


nota tangan:
kadang2 best gak jadik pesakit mental, bunuh org still x dihukum mati.. gegege

3 comments:

Frid Firdaus said...

teringat satu artikel dalam suratkhabar mingguan fasal satu kisah pembunuh yang enjoy membunuh dan ketagih...artikel sangat menarik sebab di kaitkan dengan sex orientation si pembunuh...ada something cuba disampaikan...

Hanya Aku Sorang said...

xteringat lansung sebab x baca paper.. gegeggee

Frid Firdaus said...

i just bagitahu...
tak nak tau sudah...
*sambil berpaling