BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 9, 2009

Hanya Aku + Ong Bak 2

Ari ni ari cuti..
mula2 mcm nak kuar ngan Frid n Ford..
tapi tetiba abg wari ajak pi tgk citer Ong Bak 2..
erm, layan jer lah.. huhuhu


Aku minat gak tgk citer2 aksi mcm ni..
Apa yang boleh aku katakan, ‘Ong Bak 2’ menjanjikan lebih banyak aksi.
Daripada permulaan cerita hinggalah ke akhir, pertarungan demi pertarungan dapat disaksikan.
Latar masanya mengambil zaman empayar Ayuthaya.
Aku puji la ngan set pengambarannya, nampak ‘hidup’ ditambah dengan ‘props’ yang melambangkan zaman tersebut.
Bukan mudah untuk menghidupkan zaman yang sudah berkurun lama berlalu.
Aku kagum ngn lakonan Tony Jaa..
Dia mempamerkan tahap lakonan yang cukup mantap.
Gerak tubuhnya dalam setiap pertarungan sangat cantik dan gagah.
Sape yg belum tgk tu, pi lah tgk..rasanye xrugi..
cuma citernye mcm xabis, maybe ada Ong Bak 3..
Bawah ni ada sinopsis ckit pasal citer Ong Bak 2..

‘Ong Bak 2’ mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena.
Tuan Rajasena yang zalim dan tamakkan kuasa telah merancang untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Dia telah menghantar pembunuh upahan bagi membunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa Tien) serta tentera-tenteranya yang taat setia. Satu-satunya orang yang terselamat dari pembunuhan kejam tersebut adalah Tien, yang berjaya dilarikan oleh salah seorang tentera bawahan ayahnya. Tien kemudiannya ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi sebelum diselamatkan oleh Chernang ketua bagi “Sayap Garuda” iaitu pasukan gerila yang terbilang. Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya sebagai penyamun. Tien lantas membesar dengan memiliki kemantapan pelbagai jenis ilmu seni bela diri dan strategi peperangan termasuklah pertarungan satu lawan satu, tinju, bacaan mantera serta kemahiran-kemahiran mengendalikan senjata-senjata peperangan seperti pedang, pedang lengkung, belantan dan bahan letupan.
Dengan kemahiran pelbagai jenis seni bela diri yang tertanam dalam dirinya, Tien membesar dewasa menjadi seorang pejuang seni bela diri. Dengan menguasai gading hitam gajah suci yang dihormati oleh golongan penyamun, Tien diterima menjadi salah seorang pemimpin Sayap Garuda yang bakal menggantikan Chernang. Namun begitu, satu-satunya perkara yang tersimpan dalam fikirannya hanyalah dendam yang ingin dilunaskan dengan membunuh Tuan Rajasena dengan tangannya sendiri. Dia bercadang untuk membalas dendam pada malam upacara pertabalan di mana Lord Rajasena bakal menaiki takhta dan berkuasa penuh sebagai monarki.


Nota Tangan:
Memang hebat,memang best dan memang ganaz.. huhu

4 comments:

Frid Firdaus said...

tapi ada orang cakap citer dia tergantung...

Khai a.k.a Inche' Dean said...

sebab tu i ckp akan ada Ong Bak 3..huhu

Unknown said...

alamak!!!!
x takut ker citer nie,
hurm,
ada yg bgtau wanie citer nie citer hantu,
hurm..

wanie nie kalau citer hantu kena fikir 2 3 kali,
lalalalalalala

Khai a.k.a Inche' Dean said...

mana ada citer hantu wanie.. citer aksi laa